Tuesday, May 20, 2008

Tag dari Pijah...

Kena le jawab tag tu...haiyooo...tp tak tau ler boleh memuaskan kehendak Cik Jah ni...harap2 ler yer...hehehehhe

1. 5 hadiah yang anda impikan...
i) Rumah banglo
ii) Kereta brand honda
iii) RM 50k (kedebuk depan mata)
iv) Gelang mas RM5k
v) 2 org anak lagi...(hadiah paling bernilai)

2. 5 alasan atas pilihan itu...
i) Memang diimpikan
ii) Suka sangat pakai brand tu
iii) x penah dapat
iv) Nak minta dari Jep
v) Nak anak sekurang-kurangnya 4...

3. 5 impresi terhadap orang yang diminati...
i) Tengok lengan dan jari-jemari (tengok pembersih ke tak)
ii) Orang yang tinggi (tapi bukan tinggi lampai) (sebab aku rendah)
iii) Bulu mata lentik (jarang lelaki yang bulu mata lentik)
iv) Good looking...(simple jer tp kemas & alim gitu) (muka yang tak berdosa) erk...
v) Bau badan tak busuk tau...

4. Perkara yang hebat yang pernah dilakukan...
i) Of course le bersalin...(sebab akulah orang yang penakut bab2 ni)
ii) Sambut kepala Aisha dr terhantuk ke lantai...(ala2 gaya charlie angle gitu)
iii) Pasang langsir ketika kandungan 8 bulan lebih...(memanjat)
iv) Beli kedua2 kereta atas nama sendiri...dan guna duit simpanan sendiri, hebat ke?

5. Ciptaan yang paling disukai (x semestinya melibatkan teknologi yang maju)
i) Meja makan yang dicipta oleh Jep - lama betul nak siap...tp atas daya usaha sendiri
ii) Remote control...sape le yang cipta ni ek...
iii) Baju kurung...sebab sesuai apa2 pun majlis...

6. 5 perkara yang dibenci
i) Bau badan busuk!
ii) Dipaksa bila xnak!
iii) Orang yang penipu...tp tak kena gaya nak tipu!
iv) Orang yang suka guna nama orang lain utk kepentingan diri sendiri!
v) Orang yang dengki sesama sendiri! tak boleh tengok orang lain senang skit!
....ada lagi tp ni jalah kot...minta 5 je kan...kehekhekhe

7. 5 orang yang mahu di Tag...
- tak mau tag sapa2 boleh ker....

Sekian, harap Cik Jah puas hati no...susah nak bagi tau orang bab2 cam ni...tp sahut cabaran sebenaqnya...eh seronok pulak buat2 benda cam ni ek...kehkehkehke