Thursday, November 29, 2007

10000...

Tepat dalam masa 4 bulan, kereta putihku telah mencecah 10000 perjalanan...cepat sungguh rasanya....

Wednesday, November 28, 2007

???

Pejabat-Bila hampir ujung thn ni...makin banyak benda nak buat...semuanya nak kena selesaikan sebelum 30/12...uish...penat betul...

Rumah-ingat nak cantikkan rumah skit...masih fikir lagi

Kereta-ingat nak cantikkan kedua2 juga...masih fikir lagi

Travel-insyallah akan diusahakan satu famili akan pergi...nak bawa anak2 juga

Dikerjakan oleh...

Jep telah dikerjakan oleh anak-anaknya...ok juga...hilang tension abah dorang tu...asyik buat kerja jer, sesekali tu melayan kerenah anak-anak...sorang naik sorang lagi pun sibuk aiiii...

Friday, November 23, 2007

Aisha oh Aisha


Dalam seminggu dua ni Aisha ni asyik tertidor dalam kereta, mungkin letih tak tidor siang sangat...budak tu makin lasak betul sekarang ni, dalam perjalanan nak balik rumah (lepas balik kerja lah) halnya pun... Ali pun terkejut... siap sebut tu "Ya Allah ma, cuba tengok adik tu....dia tidor...sian betul Abang Ali tengok..." aku pun cakap la "Mama tak boleh tengok, tengah drive ni..." Ali suruh pandang belakang la maksudnya tu...sebab adik letak dibelakang. Ali pun "Takpe ma, biar Ali ambik gambar dia...nanti mama tengok tau".
Ada satu hari dalam minggu lepas, aku tidor awal dek keletihan,
apa dah jd pada Aisha ni (tengok gambar) comot gila...patut la bila aku bangun pagi habis kotor baju dia...Abg Ali bagi makan roti yang ada coklat tu...ish ish...tinggal kat abang dan abah dia jadi macam ni lah...gambar ni pun diambil tanpa pengetahuan aku...sabar jelah.
Yang ini pulak dia berjaya panjat kerusi malas tu...dengan kaki terkonteng2 pun boleh jugak lepas naik atas kerusi tu... tak padan dengan kecik..

Saturday, November 10, 2007

Raya Ep. Akhir

Hari ini hari terakhir dalam bulan Syawal...puas sebulan beraya...
Open House yg aku hadiri...
2hb - open house rumah member Jep di Jalan Genting Klang, KL
3hb - open house rumah member aku Nott di Kg Medan, KL
4hb - open house rumah jiran aku Nida
5hb - jamuan raya level ofis aku
7hb - jamuan raya ofis aku
9hb - jamuan rumah k. ida, di Nilai
10hb - open house rumah member Jep di PJ

Thn ni sakan betul orang buat open house...yang x dpt pergi tu harap maaf... ada perkara yang tidak dapat dielakkan.

Ok, sampai disini update raya 2007. Thn depan lain pulak cerita.

Thursday, November 01, 2007

Terbeli & Terpaksa beli

Apa aku ni... terbeli le pulak...walaupun harga tak seberapa...nak kata cantik...biasa saja...2 kali juga le aku ke kedai emas ituuu...terbeli tanpa memikir panjang...tp sebab minat punya pasal...dan terselit di jari montokku...




Jep telah membeli gelang ini... terpaksa beli sebab ingin mencuba...ada member rekemen kerana dpt melegakan lengoh2, pening2...tp mesti ingat cuma melegakan...bukan menghilangkan penyakit...agak berkesan juga...aku akan beli satu untuk diriku...