Monday, December 31, 2007

5 minit sebelum...2008

Mengimbau kejadian dalam tahun 2007 :

1. Jan-Umur 28 thn, anak sulung berusia 4 thn, dlm percutian 2 bulan
2. Feb-masuk kerja setelah bercuti 2 bulan, bermula hantar anak ke2 ke rumah pengasuh
3. Mac-Jep mula berbisnes, Anak ke2 mula meniarap, kereta biru 7 thn
4. April-rumah dah 3 thn
5. Mei-Jep 28 thn, Anak ke2 mula merangkak,
6. Jun-Blog diaktifkan semula, 6 thn bekerja di *N*
7. Jul-Balik kg
8. Aug-Beli kereta putih
9. Sept-Puasa, Bisnes sempena bulan puasa
10. Okt-Hari Raya Pertama di Lui, tahun pertama beraya 4 beranak (tambah korum)
11. Nov-Tukar langsir
12. Dis-Anak ke2 berusia 1thn, Bonus, Daftar anak sulung ke tadika, balik kg




Sunday, December 30, 2007

Aisha oh Aisha lagi...

Sekali lagi Aisha buat camni...sekarang dia dah tak nak duduk dalam baby seat lagi...nak duduk macam orang besar...hari cuti Krismas lepas aku satu famili nak pergi Jusco Cheras Selatan...doket jo dalam 5 minit sampai...tak sempat keluar simpang taman dia dah.............zzzzzzzzzzzzz ngantuk sangat la tu...itupun Abg Ali yang bagi tahu...mama duduk didepan...sekali toleh...sian betul budak sorang ni...

Saturday, December 29, 2007

Nothing...

Bonus
Dapat bonus sebelum raya aji...apa yang dibelanjakan..
~bayar cat keta biru (setelah 8 thn menggunakannya-banyak betul kereta ini berjasa, aku perlu cantikkan skit)
~bayar set mutiara (mutiara yang dibeli 10 thn dulu baru dpt buat)
~beli rak tv (setelah 10 thn baru dpt tukar) & meja
~beli baju & alatan sekolah tadika Ali
~buat passport anak2
~beli tiket ke ********* untuk 4 beranak (baru boleh berjalan-jalan tp bulan 3, 2008) Insyaallah
Kesemuanya skali berjumlah RM...biarlah rahsia, tp kena tambah lagi ada ler (abang tqvm sebab tambah yang tak cukup) takut betul bila dapat duit banyak2...berhantu betul...sekelip mata ja dah habis... habis pun diujung jari saja...ishishish...


Azam 2008
Ada sorang member tu berazam nak turunkan berat badan...sama juga ler dgn aku... tp Jep kata dah ok...tp nak berazam juga...Insyaallah
Berazam nak simpan duit sebanyak mungkin...dalam Tbg Haji, dalam ASB, dalam akaun anak2...Insyaallah
Nak naikkan prestasi kerja yang lebih efisen...Insyaallah
Mempertingkatkan amal ibadat...Insyaallah


Kita hanya merancang...Allah yang menentukan segalanya...


Monday, December 24, 2007

21.12.2001 ~ 21.12.2007

6 thn sudah berlalu...
suka duka dikongsi bersama...
pahit manis telan bersama...
susah senang lalui bersama...
cukup duit tak cukup duit cari bersama...
gaduh tempuh bersama...

yang paling penting kepercayaan antara satu sama lain...
cinta dan kasih sayang antara satu sama lain...
persefahaman dan perbincangan antara satu sama lain...

doakan kebahagian kami...
doakan kesempurnaan hidup kami...
doakan dimurahkan rezeki...
amin...

Alhamdulillah.....


Friday, December 14, 2007

Happy Birthday Aisha (1st)


Hari ni genap Aisha setahun...
Ishishish....pejam celik, pejam celik dah setahun...
Cepat betul masa berlalu...

Mama doakan semoga Aisha menjadi seorang anak yang solehah, sihat tubuh badan, berilmu, menghormati orang tua, taat kepada ibubapa....amin...
Cepat adik, cepat jalan, cepat cakap ya...jangan pelat macam Abg Ali tau...heheheh


Kek 1st Aisha

Hadiah ni pemberian seorang kawan, terima kasih kerana sudi bagi hadiah ni.



Monday, December 10, 2007

Anak Kak Noja

Baby Boy ni dilahirkan pada 9.12.2007 jam 4.15 ptg di Hospital Pantai, KL seberat 3.55kg... Uish semangat betul...Tahniah diucapkan kepada Kak Noja & suami atas kelahiran putera pertama...Semoga ibu & anak sihat2 hendaknya...




Friday, December 07, 2007

Shin Chan & Tweety

Hari ni, Ali & Aisha dpt hadiah dari Ibu (K. Asmah-pengasuh dorang)... suka betul...Ibu kata "aku bg hadiah sempena Adik nak setahun (tp Jumaat depan-hadiah in advance)...Ali pulak nanti bulan 1 dah tadika...memang dah tak hantar rumah Ibu lagi...sebab tu ibu bagi hadiah kat budak2 ni". Ooooo terima kasih banyak dekat Ibu dorang ni...dah 3 tahun Ibu jaga Ali..sekarang Aisha pulak...Ibu jaga dengan baik anak-anakku...yang dianggap anak sendiri...susah cari orang yang boleh dipercayai zaman sekarang ni...Alhamdulillah...syukur.


Ali yang ambik gambar ni.

Monday, December 03, 2007

Anak-anakku

Tak de apa yang nak update sangat cuma nak letak gambar jer...

Ali - sibuk dgn payung dia...payung tu acik dia beli masa dorang pegi zoo.

Aisha - sibuk la kacau mama dia tengah mengemas, bagi la dia mengemas sama.


Anak Buah

Nama belum letak lagi
Mama & Kakak dia (Nur Dania Farisha)
Tanggal 1 Disember 2007, kakakku telah melahirkan seorang anak perempuan yang comel, muka macam abang long dia...hmmm anak ke-5 tu...(3 lelaki 2 perempuan) di Pusrawi, Jalan Tun Razak KL...Kesemua anak2 dia dilahirkan di Pusrawi... cuma kali ni hospital tu tukar ke tempat baru...
Tahniah diucapkan kepada K. Ita...semoga anak dan mama sihat...
Nama anak belum letak lagi...tengah pening cari nama anak dia kata....tp lebih kurang nama kakak dia ler...