Monday, March 01, 2010

::3 hari yang lalu - 1::

Apa aku buat 3 hari lepas..

Jumaat - bertolak dari rumah jam 10.30 pagi terus ke batang kali ke rumah K. Ita, singgah makan tengahari, lepas Jep solat Jumaat kami terus naik ke Bukit Fraser...Aku dpt rumah peranginan *N* ler...dapat untuk 3 hari 2 malam...so aku & Jep ambil keputusan untuk bermalam 1 malam sj memandangkan Ali & Aisha mabuk masa nak naik atas...disebabkan Sabtu nak ke Melaka...kat atas tempat yang menarik sesuai untuk orang macam kita2 ni berehat dan tenangkan fikiran di tengah2 kehijauan yang mendamaikan, menyamankan...tp x cukup satu malam sebenarnya...tapi nak buat mcm mana, ada tuntutan lain yang harus ditunaikan...jalan2 ambil gambar skit2...pastu terus berehat...memang niat nak berehatkan...sape yang penah pegi tu tau la cam mana kan...aku ni 1st time naik so macam teruja jugak...anak2ku x suka...budak2 sekarang ni dah pandai memilih...