Monday, October 29, 2007

Raya Ep. #3

27/10/07-Ramai yang call nak dtg rumah beraya...kawan2 jep, kawan2 pejabat, kawan2 lain, kakak & kawan2nye dan jiran...buat makan2 sikit...sapa yang nak datang tu...menu pun ala kadar (sebab bukan buat open house pun...saja2 jek) (menu- Nasi beriani, mihon goreng, nasi impit & kuah kacang dan kuih raye je..)
Terima kasih sebab sudi datang :
1. Kawan2 Jep (CK, Ujang, Zelfa, Fadhly & keluarga, Azreq)
2. Kawan2 pejabat aku (K. Izad & keluarga, K. Dalia & keluarga, Aiza & suami)
3. Kawan2 lain (Mariah & keluarga, Zurina & keluarga)
4. Kakak dan kawan2nye
5. Jiran (En. Hamzy & K. Lin, Nida)

28/10/07-Beraya rumah K. Izad pulak di Sg. Jelok, Kajang...pergi sekali dgn Aiza & suami. Jumpa Zurina lagi...


Monday, October 22, 2007

Raya Ep. #2

Terima kasih kepada Azmahieda & suami sebab sudi datang beraya di rumah aku yang tak seberapa ini...
Terima kasih juga sebab bagi duit raya pada anak-anakku.
Tahniah sebab dah mengandung 4 bulan... jaga kesihatan, semoga selamat melahirkan anak nanti...

Friday, October 19, 2007

Raya Ep. #1

Hari raya pertama - berada di rumah mentua, selepas solat Aidilfitri, bersalaman (hahaha dapat duit raya dari Jep), makan-makan... pulang ke Jasin Melaka, rumah nenek Jep. (Agenda tiap2 thn bagi keluarga Jep)...lepas ke rumah nenek, ke rumah makcik2 Jep yang berdekatan. Mlm baru sampai rumah.
Hari raya kedua - bersiap sedia pulang ke kampung ku di BB. Bertolak tgh singgah KL jap tengok rumah...jam 5 ptg bertolak, sampai dalam jam 9 mlm. Memandangkan sepanjang perjalanan hujan, tak boleh laju2. Sampai je rumah... semua adik beradik aku yang lain dah sampai terlebih dahulu dari aku...akulah orang terakhir, maklumlah kampung sorang selatan, sorang utara...
Hari raya ketiga - pagi2 lagi dah bersiap2 untuk agenda bersalam-salaman. Riuh betul bila dah jumpa ramai2. Kali ni semua ada. Lepas bersalam semua, ramai2 ke rumah kakak pengasuh aku dulu...yang dianggap kakak sendiri.
Hari raya keempat - Cik madu datang ke rumah. T. kasih sebab bagi duit raya pada anak-anakku.
Hari raya seterusnya aku tak kemana-mana sebab Aisha demam. Jadi duduk dirumah saja, melayan apa yang nak dimakan.
Balik KL pada 19 Oktober - sebab Jep kata balik la, nak tengok rumah...pastu boleh jalan2 rumah member2 kat KL pulak (sabtu & ahad)... ada juga member yang nak dtg rumah.
Beraya di rumah nenek.
Sesi bersalaman dgn Mak & Abah
'Ha, sapa nak duit raya cepat salam'..beratur panjang tu...
Kesemua 7 beradik Kesemua sekali (Keluarga Besar Ahmad-anak2, menantu2 & cucu2)



Wednesday, October 10, 2007

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua kawan-kawan yang mengenali diri ini. Berhati-hati memandu pulang ke kampung, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.


Brapa hari lagi nak raye ni....

Ha bestnyer dah nak raya rupanya...

Best jugak sebab tak jadi balik Kedah dulu...(balik Nogori ler) Mula cuti 12/10/07.....raya ke-2 pagi cau balik Kedah...cuti seminggu..lama skit...tu yang best...balik KL ari Ahad (21/10/07)

Duit raya dah masukkan dalam bekas yang sepatutnyer....untuk mak & abah (dua2 belah), anak2 buah ada 28 orang, atuk & nenek Jep, sepupu Jep (ramai lagi yang kecik2), anak kengkawan, anak jiran, kakak yang mengasuh aku dulu dan ada extra sampul lagi (standby)...

Baju raya anak2 dah ada semua termasuk kasut, Baju Jep pun dah ada, baju aku baru siap hari Isnin...tempah di Kalantan 3 pasang (nasib baik siap), tempah di Pahang 1 pasang, tempah di Bangi 3 (satu belum ambik)...saja tempah banyak2 sebab boleh pakai ke pejabat, pastu ada orang kawin...

Balik raya naik keta putih...keta biru duduk diam2 kat basement ye...bagi dia rehat...kawan ngan motor Jep...hahaha

Kuih raya, banyak jugak aku beli...untuk dibawa balik kampung...dkt rumah skit2 dah ler...



Update Bulan Pose

Tak tahu apa nak update sebenarnya...
bila dah dekat nak raya ni makin sibuknyer ai...tp best...takper update je skit2 mana yang sempat, mungkin lepas ni...lambat pulak le nak update... lepas raya pulak ler....

1) Bisnes bertambah 3x ganda tahun ni...delivery pun 4 trip...senget keta aku tu, ada 4 cawangan semuanya termasuk aku 5 lah..
a)Cawangan Telekom, Bangsar (Hubby K. Izad(Officemate))
b)Cawangan Bangi, cikgu-cikgu sekolah (K. Armida (Officemate))
c)Cawangan JKKN, KL (Cik Madu)
d)Cawangan Putrajaya (Pijah)
e)Aku sendiri (Office sahaja)
thn hadapan insyaallah ada cawangan di PJ pulak. Alhamdulillah rezeki bertambah.

2) Berbuka puasa dengan anak-anak yatim dan ibu tunggal sekitar kawasan Kg Abu Bakar Baginda, Bangi pada 3 Oktober 2007 ditempat Pejabat Aku. Dikelola oleh Pejabat aku. Kami adakan solat berjemaah Maghrib, berbuka dengan lauk pauk ala2 kampung, solat terawikh dan memberi sumbangan. Alhamdulillah kali ini aku dapat berbuka bersama mereka, walaupun sebelum2 ini (tiap2 thn diadakan)dan kali ni aku dapat menghadirkan diri. Mungkin thn ni ada rezeki aku nak beramal, walaupun ciput.

3) Berbuka puasa dengan kawan-kawan Jep di Cerana Seafood pada 5 Oktober 2007. Bos-bos Jep belanjer ler...rezeki jgn di tolak.

4) Berbuka puasa di Jonny's Steamboat di Jusco Cheras Selatan, ni pulak Jep belanja aku pada 6 Oktober 2007. Dia kata tak payah masak (suke sangat ler). Kami makan pada jam 8.15 mlm. Berbuka ringan2 dulu...sambil bershopping pastu baru ngap2 boleh lepak lama skit...sambung shopping lagik...balik rumah dekat jam 11 mlm.

5) Berbuka puasa di rumah Cik Madu (jiran) hahahah tak payah masak lagi pada 7 Oktober 2007, berbuka bersama geng kutu...kebetulan Birthday Pijah yang ke berapa ek, (sendiri mau ingat)...sambil berbisnes...
- Pijah selamat ulangtahun, semoga murah rezeki, semoga panjang umur, semoga bahagia disamping Fazli dan anak-anak, semoga persahabatan kita kekal selamanya...
- Mariah, sodap Jep kato murtabak tu ai...napo lak raso sodap... tak ponah jumpo...(sib baik ler hampa bawa, kalau tak sampai kesudah tak merasa) maklumlah kami ni jarang dapat benda yang pelik2, tak reti sangat...
- Nida, terima kasih atas kelolaan untuk berbuka pose...somoga rezeki melimpah...jangan lupa pulak buat open house, jemput kengkawan lain sama no...insyaallah kami p...(tak p saja tau)

Kesimpulannya untuk bulan pose ni... tak banyak berbuka di luar...entah thn ni lebih suka berbuka dirumah (mungkin anak kecik kot) keutamaan anak lagi daripada nafsu nak makan kat luar...Thn ni memang ala kadar...