Friday, October 19, 2007

Raya Ep. #1

Hari raya pertama - berada di rumah mentua, selepas solat Aidilfitri, bersalaman (hahaha dapat duit raya dari Jep), makan-makan... pulang ke Jasin Melaka, rumah nenek Jep. (Agenda tiap2 thn bagi keluarga Jep)...lepas ke rumah nenek, ke rumah makcik2 Jep yang berdekatan. Mlm baru sampai rumah.
Hari raya kedua - bersiap sedia pulang ke kampung ku di BB. Bertolak tgh singgah KL jap tengok rumah...jam 5 ptg bertolak, sampai dalam jam 9 mlm. Memandangkan sepanjang perjalanan hujan, tak boleh laju2. Sampai je rumah... semua adik beradik aku yang lain dah sampai terlebih dahulu dari aku...akulah orang terakhir, maklumlah kampung sorang selatan, sorang utara...
Hari raya ketiga - pagi2 lagi dah bersiap2 untuk agenda bersalam-salaman. Riuh betul bila dah jumpa ramai2. Kali ni semua ada. Lepas bersalam semua, ramai2 ke rumah kakak pengasuh aku dulu...yang dianggap kakak sendiri.
Hari raya keempat - Cik madu datang ke rumah. T. kasih sebab bagi duit raya pada anak-anakku.
Hari raya seterusnya aku tak kemana-mana sebab Aisha demam. Jadi duduk dirumah saja, melayan apa yang nak dimakan.
Balik KL pada 19 Oktober - sebab Jep kata balik la, nak tengok rumah...pastu boleh jalan2 rumah member2 kat KL pulak (sabtu & ahad)... ada juga member yang nak dtg rumah.
Beraya di rumah nenek.
Sesi bersalaman dgn Mak & Abah
'Ha, sapa nak duit raya cepat salam'..beratur panjang tu...
Kesemua 7 beradik Kesemua sekali (Keluarga Besar Ahmad-anak2, menantu2 & cucu2)