Thursday, August 23, 2007

Cuti sekolah (18-26 Ogos '07)

Minggu cuti sekolah, unit aku sunyi sepi sebab ramai yang cuti, sekali sekala sunyi best juga tp macam bosan pulak sebab tak sibuk...kerja macam aku ni sibuk baru ceria hidupku...yang peliknya ada staf yang anak x sekolah pun sibuk cuti...aku??? sayang cuti ler...

Teringat masa zaman sekolah dulu, kalau cuti je mak & abah bawa pergi jalan2...diaorang x kisah sebab dua2 cikgu...kiranya kalau cuti sekolah memang best, siap satu famili jalan2 merata tempat pulak tu (Cuti2 Malaysia, Cuti2 Indonesia) ...sekarang kalau nak jalan2 sendiri tanggung ler.... (tak berkesempatan lagi nak cuti ni...)

Bisnes

Puasa dah nak dkt, macam biasalah agenda tiap2 tahun... tengah mengumpul sample, thn ni cawangan tambah lagi 3-4, hmmm seronok cari duit lebih ni...Tiap2 tahun ada client tetap, dah tak risau....kalau boleh nak kembangkan bisnes, Insyaallah....

Wednesday, August 22, 2007

Mohammad Irfan Danish

Mohammad Irfan Danish telah dilahirkan tanggal 19/8/07 pada jam 10.55 malam seberat 3.6kg yang sangat bulat, Aizawati Ab. Rahman (Ibu) - rakan sepejabat sangat bahagia bersama orang baru (1st baby). Tahniah!! Semoga ibu dan puteranya sihat selalu.

Monday, August 20, 2007

Mak & abah

Datang singgah rumah aku sabtu 18/8 dan ahad 19/8, best juga bila orang tua datang rumah sekali sekala, dptlah masak lebih sikit baru sedap makan ramai2. Diaorang datang sebab nak pergi konvo suraya (adik aku) di Skudai. Rasa macam nak ikut tp banyak urusan kerja dan kena apply cuti 2-3 hari malas ler pulak, so x dpt la nak pergi.

Bunga api 18/8 & 19/8

Hari sabtu 18/8 tengok bunga api di Putrajaya, pergi dgn faiz sekeluarga, mak & abah dan anak2, Jep x ikut banyak kerja katanya...kul 8 lebih kuar gi PICC kiri-kanan jalan dah penuh...okay jugak dpt view best...rupanya banyak kereta bersusun... nasib baiklah kedudukan rumah aku dekat saja, hanya 15 minit ke sana. Ikut jalan belakang ofis aku, kira dekat sangatlah. Tepat jam 10 bermula pertunjukan bunga api, anak2 aku dan anak faiz suka sangat ler dpt tengok. Cantik juga lihat berwarna-warni di waktu malam. Hari ahad 19/8 tengok dari rumah (tp nampak sayup kejauhan saja).

Yuhoooooo

Sudah lama aku tidak update blog ni...

Kenapa lama aku x update??
1) Sibuk dengan kerja
2) Sibuk dengan keluarga
3) Sibuk menaik taraf kehidupan

Kenapa begitu sibuk??
1) Untuk menjadikan kehidupan aku sekeluarga lebih bahagia, lebih mantap, lebih ceria dan yang penting sekali hidup dalam keberkatan.
2) Mencari wang, harta untuk anak2 di masa akan dtg.

Terlalu sibuk dan x sempat nak buat dalam masa sekarang!
1) Bercuti (akan tiba satu hari nanti - bersama keluarga)
2) Tidur kurang (akan cukup tidur apabila kena gayanya)
3) Menghias rumah (akan cantik juga nanti)
4) Shopinggggggggggg (akan ada waktu untuk shoping sakan)

Kesian betul tengok Jep sekarang kerana:
1) Sibuk mencari duit lebih demi keluarga
2) X cukup tidur, x cukup makan, x cukup rehat

3) Kekadang tu terpaksa buat kerja kat luar

Semua di atas bukanlah kehendak nafsu sendiri tp demi untuk masa depan keluarga. Tiada istilah enjoy dalam hidup kami. Bersusah dulu bersenang kemudian, walaupun dalam usia hampir penghujung 20an...(masih muda lagi sebenarnya). Alhamdullillah rezeki yang kami dapat sebenarnya cukup dan kami bersyukur apa yang ada tapi masih panjang lagi perjalanan hidup... Rezeki perlu diusahakan, ia bukan datang bergolek.

Walaupun sibuk dengan dunia....mesti ingat juga akhirat. Bersyukur kepada-Nya.

_____________________________________________________

Perihal lain: suami & isteri yang bahagia (Rujukan sebuah buku 'Rumahtangga Bahagia')

1) Percaya antara satu sama lain (sekiranya suami atau isteri telah diberi kepercayaan, jgn ambil kesempatan atas apa sekali pun)
2) Hormat menghormati satu sama lain (perlu hormat keputusan, berbincang)
3) Jangan termakan hasutan luar (yang boleh merosakan rumahtangga)
4) Berkongsi harta, wang
5) Sayang anak2
6) Hormati kedua pihak ibu bapa

______________________________________________________