Monday, August 20, 2007

Yuhoooooo

Sudah lama aku tidak update blog ni...

Kenapa lama aku x update??
1) Sibuk dengan kerja
2) Sibuk dengan keluarga
3) Sibuk menaik taraf kehidupan

Kenapa begitu sibuk??
1) Untuk menjadikan kehidupan aku sekeluarga lebih bahagia, lebih mantap, lebih ceria dan yang penting sekali hidup dalam keberkatan.
2) Mencari wang, harta untuk anak2 di masa akan dtg.

Terlalu sibuk dan x sempat nak buat dalam masa sekarang!
1) Bercuti (akan tiba satu hari nanti - bersama keluarga)
2) Tidur kurang (akan cukup tidur apabila kena gayanya)
3) Menghias rumah (akan cantik juga nanti)
4) Shopinggggggggggg (akan ada waktu untuk shoping sakan)

Kesian betul tengok Jep sekarang kerana:
1) Sibuk mencari duit lebih demi keluarga
2) X cukup tidur, x cukup makan, x cukup rehat

3) Kekadang tu terpaksa buat kerja kat luar

Semua di atas bukanlah kehendak nafsu sendiri tp demi untuk masa depan keluarga. Tiada istilah enjoy dalam hidup kami. Bersusah dulu bersenang kemudian, walaupun dalam usia hampir penghujung 20an...(masih muda lagi sebenarnya). Alhamdullillah rezeki yang kami dapat sebenarnya cukup dan kami bersyukur apa yang ada tapi masih panjang lagi perjalanan hidup... Rezeki perlu diusahakan, ia bukan datang bergolek.

Walaupun sibuk dengan dunia....mesti ingat juga akhirat. Bersyukur kepada-Nya.

_____________________________________________________

Perihal lain: suami & isteri yang bahagia (Rujukan sebuah buku 'Rumahtangga Bahagia')

1) Percaya antara satu sama lain (sekiranya suami atau isteri telah diberi kepercayaan, jgn ambil kesempatan atas apa sekali pun)
2) Hormat menghormati satu sama lain (perlu hormat keputusan, berbincang)
3) Jangan termakan hasutan luar (yang boleh merosakan rumahtangga)
4) Berkongsi harta, wang
5) Sayang anak2
6) Hormati kedua pihak ibu bapa

______________________________________________________